Pada 18 Jan 2025, Villa busainna menyambut hari bahagia di antara Sarah & Ziqrie di dewan VillaBusainna@Nadayu63. Pada jam 8.30 pagi, ahli keluarga mula memasuki dewan, memenuhi kerusi theatre menghadap meja pernikahan. Semua ahli keluarga kelihatan sungguh teruja menantikan majlis pernikahan di antara Sarah & Ziqrie bermula.
Tepat jam 9.30pm, Ziqrie berjalan menuju ke meja pernikahan ditemani dengan dendangan selawat Al-Itiraf versi violin yang di cover oleh Fakhri Bagus Pratama. Kemasukkan Ziqrie dengan bermelayu serba putih, ditemani selawat yang merdu, menjadikan perjalanannya menuju ke meja pernikahan tampak manis. Selesai sahaja kemasukkan Ziqrie, pengacara majlis mengumum kemasukkan bakal isteri Ziqrie, iaitu Sarah untuk memasuki dewan. Sarah memasuki dewan ditemani oleh bonda tercintanya, Sarah yang berpakaian dress serba putih dan memegang jambangan bunga lily berwarna putih, sangat menlengkapi busananya harini. Dengan dendangan lagu Tercipta Untukku yang di cover oleh AmirullahMZ, bunyi piano dan violinnya menjadikan perjalanan kemasukkan bakal bidadari Ziqrie ini sangat indah. Terpancar senyuman kegembiraan di wajah Ziqrie melihat kemasukkan cinta hatinya. Seterusnya majlis ini diteruskan dengan kemasukkan jurunikah, Ustaz Faizal ditemani oleh para saksinya dan kedua ayahanda pasangan hari ini.
Pengacara majlis membacakan doa untuk memberkati majlis pernikahan ini dan terus disambungkan kepada Ustaz Faizal untuk memberikan khutbah nikah. Alhamdulillah pasangan selesai di ijab kabulkan dengan sekali lafaz, jelas di wajah kedua pasangan ini perasaan lega dan bersyukur ke atas Ilahi. Tertitis air mata kegembiraan di wajah ibunda Sarah apabila anak perempuannya sah menjadi isteri buat Ziqrie. Setelah selesai majlis pernikahan mereka, Ziqrie bersalaman bersama ibunda tercintanya, memeluk erat sebagai tanda kegembiraan menjadi seorang suami. Lalu Ziqrie meninggalkan majlis, menunaikan solat sunat tanda kesyukuran ke atas Ilahi. Selesai sahaja Ziqrie menunaikan solat sunat, pengantin baru ini memasuki dewan semula dengan perasaan kegembiraan terpancar di senyumannya yang lebar melihat pasangan hidupya di pelamin menanti kehadirannya. Ziqrie memimpin ibunda Sarah ke kerusi yang disediakan, mengantikan ibunda Sarah menemani Sarah di pelamin indah mereka. Majlis diteruskan dengansei penyerahan mahar kahwin dan sesi pembatalan air sembahyang. Jelas kelihatan pasangan mempelai ini malu-malu bersua muka, seperti cinta di hati berputik kembali setelah selesai sesi akad nikah ini.
Tepat jam 12.30 tengahari, Ziqrie & Sarah muncul di pintu gerbang utama dan selawat Taslim didendangkan untuk memberkati majlis perkahwinan mereka ini. kedua mempelai ini mula memasuki dewan, berjalan bersama munuju ke pelamin indah mereka. Ditemani dengan aluan lagu Cinta Sesungguhnya dinyanyikan oleh Sabhi Sabhi, pasangan mempelai ini mencipta memori indah mereka berjalan berpegangan tangan bersama buat pertama kali setelah mereka sah menjadi pasangan suami isteri di pagi hari tadi. Tetamu di dewan VillaBusainna juga bersama menikmati memori indah pasangan ini, segelintir tetamu juga kelihatan teruja sambil merekod memori indah ini. Boleh kedengaran kata-kata tahniah yang dilemparkan oleh rakanrakan pasangan ini kepada kedua mempelai ini. terduduk indah kedua pasangan ini di atas pelamin indah yang mereka idamkan selama ini, pelamin indah yang dihiasi dengan jambangan bunga putih dan disulam tumbuhan hijau-hijauan, disulam juga bunga berwarna pink pastel dan maroon; ditambah juga dengan lilin hiasan dan ghost drape di atas pelamin melengkapi pelamin indah idaman kedua pasangan ini. Pasangan ini meneruskan majlis persandingan mereka ini dengan sesi salam restu daripada kedua ibunda dan ayahanda dan bergambar bersama. Setelah itu, pasangan ini meneruskan majlis indah mereka ini dengan santapan diraja dan sesi memotong kek.
Pada 19 Jan 2025, VillaBusainna menyambut majlis persandingan di antara Yasmin & Syafiq di dewan VillaBusainna@Nadayu63. Pada jam 10 pagi, keluarga dari kedua pihak pengantin sudah mula menghadiri majlis, bersedia untuk meyambut tetamu yang akan datang pada pukul 11 pagi. Mereka sibuk dengan menyusun doorgift dan meletakkan kudap-kudapan di setiap 35 meja yang kami sediakan untuk majlis perkahwinan ini. Kesemua ahli keluarga Yasmin berbusana berwarna biru laut, sangat bersesuaian dengan tema pelamin indah mereka hari ini. Manakala bagi ahli keluarga Syafiq pula, mereka berpakaian serba ungu dan kesemuanya berbusana traditional, sangat cantik dan segak ahli keluarganya. Tepat jam 12.30 tengahari, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan kedua bakal mempelai ini. pasangan ratu dan raja sehari ini muncul di pintu gerbang utama majlis sambil didendangkan alunan selawat Taslim. Pasangan ini mengenakan pakaian bertemakan English look, gaun yang dipakai oleh Yasmin mempesonakan setiap tetamu yang melihatnya. Busana gaun yang serba putih dan dikemaskan dengan hiasan lace yang berwarna perak, tangannya pula memegang jambangan bunga ros putih dan biru cair. Di atas rambutnya diletakkan sebuah tiara indah, melengkapi busana yang dikenakan untuk hari yang penuh memori ini. Yasmin sangat sesuai mengenakan gaun kembang ini, kelihatan seperti ratu perancis yang cantik. Manakala Syafiq pula sangat rapi dan segak pada hari majlisnya, mengenakan pakaian sut berwarna hitam dan berkemeja putih di dalam. Sutnya dikemaskan lagi dengan tali leher berwarna hitam, melengkapi rupanya sebagai raja sehari hari ini. Perjalanan masuk pasangan ini ditemani dengan alunan lagu indah Beautiful in White versi violin yang dimainkan oleh Kalvert Richard. Kemasukkan pasangan ini membuat semua tetamu terpegun dan teruja dengan kecantikkan pasangan ini. Ramai tetamu turut sama merakamkan memori indah kemasukkan pasangan ini menuju ke pelamin indah mereka. Pelamin indaman kedua pasangan mempelai ini yang bertemakan ice wedding. Pelamin ini berlatar belakangkan lukisna abstrak berwarna biru laut seperti bongkah iceberg dan dikemaskan dengan hiasan bunga ros berwarn putih, melengkapkan lagi pelamin indaman kedua pengantin baru ini. Sesudah sahaja bacaan doa dari pengacara majlis, ibunda dan ayahanda Yasmin memberikan ucapan tanda terima kasih kepada para tetamu dan kata-kata nasihat buat kedua mempelai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Majlis diteruskan dengan sesi salam restu, sesi ini sebagai tanda restu dari kedua pihak ibunda dan ayahanda pengantin kepada kedua mempelai ini. Selesai sahaja sesi salam restu, kedua pasangan mempelai ini dipersilakan oleh pengacara majlis untuk sesi santapan diraja. Ramai rakan-rakan pasangan ini ingin bergambar bersama pasangan semasa mereka bersantap. Perasaan seperti peminat ingin bergambar bersama artis terkenal pasti terlintas di hati pasangan mempelai ini. Selesai sahaja pasangan ini bersantap, pasangan ini meneruskan majlis dengan sesi memotong kek. Di penghujung majlis ini, Syafiq mempunyai kejutan buat cinta hatinya iaitu Yasmin. Syafiq mendendangkan lagu Die With A Smile yang dinyanyikan oleh Bruno Mars. Syafiq memangkul pinggang cintanya semasa lirik “I want to hold you just for a while, and die with a smile”, lagat ini kelihatan sungguh manis dan romantis.