Di malam 10 Januari 2025, tepat jam 7pm, sebuah majlis ikatan cinta di antara Firdaous & Marina terjalin jua. Percintaan dari Manchester akhirnya termaterai di dalam dewan yang indah, VillaBusainna@Nadayu63 Taman Melawati.
Ahli keluarga Marina yang berpakaian serba unggu mulai memenuhi dewan ini, sambil menyantuni keluarga Firdaous yang berpakaian serba hitam di hari majlis anak kesayangan mereka ini. pada jam 8.30pm, lampu dewan mulai digelapkan, 4 orang flowergirl memasuki dewan, membuka bicara majlis ini dengan senyuman mereka yang comel. Lampu sorot memancar ke pintu gerbang majlis, menonjolkan kemunculan raja dan ratu sehari majlis ini. Firdaous kelihatan dangat segak dan bergaya sambil lengannya dipimpin oleh conta hatinya iaitu Sarah yang sungguh anggun. Mereka berbusana bertemakan English Look, Firdaous berpakaian sut berwarna biru gelap dan dikemaskan dengan lapelnya berwarna hitam; kasut pilihannya berwarna coklat walnut menlengkapkan lagi pilhan sutnya itu. Manakala Sarah pula mengenakan gaun berwarna cream dan kemasan lace senada dengan busananya. Sambil memegang jambangan bunga ros berwarna putih, mencantikkan lagi ratu sehari di majlis ini. selesai dendangan selawat Taslim, Sarah memimpin lengan suami tercintanya Firdaous dan perlahan – lahan mereka berjalan menuju pelamin idaman. Sambil disuluh oleh lampu surut, perkahwinan mereka kelihatan sungguh Pelamin yang berstruktur putih dan dihiasi dengan deduan hijau dan bunga-bunga yang berwarna biru pastel dan lavender. Tetamu sekalian kelihatan sangat teruja dan gembira dari raut wajah mereka. Sinaran lampu flash dari telefon tetamu menyinari dewan, merakam momen indah pasangan mempelai ini berjalan ke palaminan. Setelah kedua mempelai ini duduk di singgah sana mereka, majlis diteruskan dengan sesi salam restu dari kedua ibunda dan ayahanda dari kedua pihak pengantin. Selesai sahaja sesi ini, pengantin terus ke sesi makan beradab. Akhir sekali majlis mereka diakhiri dengan sesi memotong kek sebangai tanda permulaan hari indah mereka dan sesi bergambar.
Pada sebelah pagi 11 Januari 2025, Villa Busainna menyambut hari majlis nikah dan persandingan Amirul & Aisyah. Keadaan cuaca yang sangat cerah dan tiupan angin yang sepoi – sepoi Bahasa menjadikan hari indah mereka ini lebih manis. Majlis pernikahan mereka ini dimulakan dengan kemasukkan 7 orang pembawa dulang dari pengantin Perempuan memasuki dewan membawa hantaran untuk bakal pengantin lelaki. Pengantin lelaki membalas pula dengan 7 orang pembawa dulang, membawa dulang hantaran untuk pengantin Perempuan. Kemasukkan mereka ini kelihatan sangat cantik dan tersusun kerana kesemua para pembawa dulang, masing – masing mengenakan busana serba maroon. Setelah itu, pengantin lelaki mulai memasuki dewan menuju ke meja pernikahannya, sambil ditemani kedua ibunda dan ayahanda tercinta. Amirul yang mengenakan baju melayu serba putih dan bersampin songket berwarna putih keemasan itu kelihatan singgun tampan dan bergaya. Manakala ibubapanya mengenakan busana berwarna maroon, terlihat sungguh sejoli pasangan ini. selepas itu, Aisyah memasuki dewan sambil ditemani oleh kedua ibunda dan ayahandanya yang berpakaian serba unggu cair. Aisyah kelihatan sungguh anggun dan jelita mengenakan busana gaun serba putih sambil memegang jambangan bunga ros berwarna putih. Bukan sahaja Aisyah ditemani oleh ibubapanya, 2 orang abangnya menemani satu-satunya adik perempuan mereka ini menuju ke jinjang pelamin. 100 orang para tetamu yang menghadiri majlis pernikahan Amirul & Aisyah ini, boleh dilihat di wajah mereka, mengagumi kecantikkan bakal isteri Amirul ini. Seterusnya, kemasukkan Ustaz Faizal sebagai jurunikah dan ditemani oleh 2 orang saksi memasuki dewan pernikahan. Dengan sekali lafaz sahaja, Amirul sah menjadi suami dan pasangan hidup kepada Aisyah. Tertitis air mata kegembiraan di wajah Aisyah apabila Amirul sah melafazkan akad nikah. Amirul berlangkah pergi untuk menunaikan solat sunat setelah siap bernikah. Selesai sudah Amirul solat sunat, pengantin baru ini meneruskan majlis dengan sesi penyerahan mahar dan sesi pembatalan air sembahyang. Sesi pembatalan air sembahyang ini dilakukan sebagai simbolik pasangan pengantin ini telah mengakhiri zaman bujang mereka. Dan mereka turun ke bawah menghadap ibunda dan ayahanda mereka untuk sesi salam restu. Sesi ini sebagai tanda mereka memohon restu daripada ibunda dan ayahanda mereka. Akhirnya majlis pernikahan mereka ini diakhiri dengan sesi fotografi.
Tepat jam 12.30pm, kedua pasangan mempelai ini hadir di bawah pintu gerbang utama, menanti untuk kemasukkan kedalam dewan VillaBusainna. Selawat Taslim didendangkan semasa pasangan mempelai ini berada di bawah pintu gerbang majlis, sebelum mereka berjalan memasuki dewan menuju ke pelamin idaman mereka. Selawat ini didendangkan bagi memberkati majlis perkahwinan mereka dan memberkati hubungan pasangan pengantin ini menempuh kehidupan sebagai suami isteri. Habis sahaja dedangan selawat Taslim, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan pasangan dengan lagu pilihan mereka untuk berjalan memasuki dewan menuju ke pelamin. Pelamin yang bertemakan alam fauna yang berlangit biru cerah dengan gubahan dedaun dan dicantikkan lagi dengan gubahan bunga berwarna biru dan ungu pastel. Struktur 2 tiang megah seperti tiang di zaman Yunani dan berlatarkan lukisan abstrak langit biru. Pelamin mereka ini kelihatan sunggah megah dan cantik kerana gabungan struktur, lukisan abstrak dan gubahan bunga dari team deco Villa Busainna yang berpengalaman. Pengacara majlis memulakan majlis dengan bacaan doa dan kata-kata aluan sebelum meneruskan majlis dengan sesi salam restu. Salam restu daripada ibunda dan ayahanda kepada dijalankan di atas pelaminan dan diteruskan dengan fotografi untuk mengabadikan memori indah ini. seterusnya mereka meneruskan majlis dengan sesi makan beradap dan sesi memotong kek perkahwinan mereka.