Hari sabtu 14 Dec 2024, terjalinlah ikatan cinta 2 pasangan indah di Villa Busainna. Di pagi hari yang mendung, seperti langit juga turut kegembiraan menyambut hari yang indah buat Nurin & Yusri. Keluarga kedua-dua mempelai ini memperagakan pakaian serba putih dan hijau untuk memeriahkan lagi majlis pernikahan pasangan ini.
Apabila bergemanya lagu The Moment by Kenny G, kemasukkan12 para dayang yang serba hijau membawa masuk dulang hantaran. Kemasukan hantaran ini di balas oleh 11 orang “dulang boys” menandakan majlis pernikahan ini telah berlangsung. Yusri mula muncul di pintu gerbang majlis, diiringi emaknya di samping. Menemani anakandanya ke meja pernikahan, kegembiraan bercampur perasaan sebak kelihatan di wajah emaknya membuatkan suasana majlis menjadi lebih bermakna. Nurin memperagakan busana serba putih, menaikkan lagi seri wajah seorang Wanita yang bakal menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Di temani oleh emaknya menuju ke mahligai pelamin, sambil memegang sejambak bunga tulips putih, sesuai dengan busana yang diperagakan olehnya. Yusri terpegun melihat kecantikan bakal isteri yang akan menemani hidupnya. Tepat jam 10.05 pagi, dengan sekali lafaz akad, termaterailah ikatan cinta mereka ini. Tertits air mata kegembiraan Nurin apabila lafaz akad tersebut.
Jam 12.30pm tengahari, berkumandang selawat Taslim di seluruh dewan, menandakan pengantin yang baru sahaja sah di ijab qabul bakal masuk ke dewan. Kemasukkan mereka dengan memperagakan busana serba putih, menghadap pula mahligai pelamin mereka yang bertemakan ‘White Wedding’. Bersesuaian dengan imaginasi pasangan cinta ini, bakal menjadi memori yang indah buat kedua mempelai ini.
Di sebelah malam pula, perkahwinan indah di antara Nesah & Nabil terjalin di Hotel Maya, Kuala Lumpur. Pilihan pelamin berwarna merah yang memberikan status keberanian dan dilengkapi oleh kemasan emas yang memberi status kekayaan, menjadikan perkahwinan mereka kelihatan sungguh gah dan glamor. Pelamin mereka juga ditambah hiasan candelier dan air pancur membelakangi pengantin, seperti pengantin sedang bersanding di rumah agam. Kemasukkan pengantin dipancarkan lampu ‘Follow spot’, berlagukan Chamma Challo memeriahkan lagi majlis mereka ini. Saat romantis terdetik apabila gimik kemasukkan keduadua pengantin dari pintu yang berasingan lalu mereka bertemu kembali di tengah walkway. Nabil mengenakan Tuxedo yang segak dan rapi, Nesah pula memakai gaun yang cantik serba putih sungguh menganggunkan. Kemasukkan mereka itu membuat semua tetamu yang hadir terpegun dan teruja untuk pasangan mempelai ini. Di penghujung majlis mereka ini, keluarga membuat kejutan buat semua tetamunya. Mereka menunjukkan rasa syukur dan gembira mereka dengan menyambut hari kebahagian anak mereka, menganjurkan permainan “ Money Toss” kepada semua tetamu mereka. Walaupun permainan dianjurkan di penghujung majlis, tetapi ia menceriakan kembali suasana majlis yang indah dan bahagia ini.