Pada hari sabtu 7 Disember 2024, terjalin 2 majlis ikatan cinta yang indah nian. Di pagi yang cerah ini, ikatan sah antara Firdaous & Hazira berlangsung dengan penuh bermakna. Majlis dimulakan dengan pernikahan antara 2 mempelai ini. Kemasukan 1 dulang girl Bersama 2 flower girls menyerikan lagi majlis pernikahan ini.
Dengan sekali lafaz sahaja, Firdaous sah menjadi suami buat Hazira di akadkan oleh bapa Hazira sendiri. Titisan air mata gembira terlihat di mata Hazira dan kedua ibu bapanya.
Majlis sanding dimulakan tepat jam 12.30 tengahari, kemasukan kedua mempelai yang baru sahaja mengikat hubungan mereka di Villa Busainna Hall@Nadayu63. Senyuman yang manis terukir pada kedua wajah pengantin. Tersergam indah majlis perkahwinan mereka dengan pelamin bertemakan “Whimsical Garden”. Gubahan bunga berwarna pastel dan struktur moden menyerikan lagi majlis ikatan cinta ini.
Di sebelah malam sabtu pula, Qaiyum & Saidatina memilih nikah grand untuk majlis mereka. Kemasukan 1 dulang boys menandakan bermulanya majlis nikah mereka. Kedua pengantin tersebut mengayakan pakaian serba putih, sangat sesuai dengan tema perkahwinan mereka yang serba putih ini. Tetamu seramai 200pax membuatkan pernikahan mereka ini lebih intim dan dekat dengan semua tetamu mereka. Pelamin bertemakan “white wedding”, disempurnakan lagi dengan “ghost drapping”, membuatkan pelamin mereka terlihat sungguh cantik dan gah di mata tetamu. Bukan sahaja pelamin dan pengantin mengenakan warna putih, tetapi semua tetamu yang menghadiri majlis ini mengenakan pakaian serba putih. Dengan tema ini, membuatkan majlis ikatan sah mereka ini terlihat sangat suci dan telus cinta mereka ini.
Pada hari ahad 8 Disember 2024, perkahwinan di antara Amir & Saidayatul berlangsung dengan indah. Pada pagi yang cerah, Cahaya matahari meyinari dewan Villa Busainna, menyerikan lagi majlis mereka yang bertemakan “modern classic”. Gubahan bunga berwarna putih dan deduan emas emasan, memberi elemen segar kepada tema pelamin mereka. Tepat jam 12.30 tengahari, majlis didendangkan dengan alunan selawat Taslim menemani kemunculan kedua mempelai itu. Pengantin muncul di pintu gerbang majlis, memperagakan busana songket berwarna maroon, kemasan dan aksesori yang di pakai pada busana tersebut menaikkan lagi seri pengatin sebagai raja sehari. Pengantin berjalan masuk dengan senyuman yang berseri, menunjukkan kegembiraan mereka sebagai pasangan mempelai yang telah sah mendirikan masjid. Air mata bapa Saidayatul menitis setelah melihat putri kesayangan bakal dijaga oleh kekasih pilihan putrinya