Pada 30 januari 2025, VillaBusainna menyambut hari indah untuk buat dua pasangan mempelai iaitu Sabrina & Syauqi. Di pagi hari yang indah ini, keluarga daripada kedua pihak mulai memasuki dewan. Ada yang sedang menyambut keluarga jauh dan beramah mesra di antara mereka, ada juga yang sibuk menyusun doorgift untuk tetamu persandingan pasangan ini nanti.
Ahli keluarga seramai 100 orang mula memenuhi theatre sitting di hadapan, menanti dengan penuh sabar untuk sesi pernikahan pasangan ini bermula. Pengacara majlis menjemput kemasukkan 3 orang para hulubalang, membuka acara majlis ini. Kemasukkan Syauqi mencuri tumpuan para tetamu, mereka juga turut merakam hari yang indah ini, sama – sama tumpang gembira meraikan hari indah ini. Jelas terpancar wajah gembira di wajah Syauqi yang berpakaian baju melayu serba putih dan bersampin emas, raja sehari ini kelihatan sungguh segak sekali. Syauqi ditemani oleh ibunda tercintanya, pemberi semangat untuk nya menuju ke meja pernikahan. Seterusnya, 5 orang dulang girls memasuki dewan, berpakaian busana berwarna rose gold mengikut tema pernikahan pasangan ini. Di hujung giliran mereka, Sabrina memasuki dewan memukau para tetamu yang menghadiri majlisnya. Sabrina yang sangat jelita mengenakan busana kebaya traditional Wilayah Persekutuan serba putih dan dihiasi dengan jambangan bunga orkid putih mencantikkan lagi rupa pengantin ini. Di samping pengantin baru ini, ibunda tercintanya memimpin tangannya, menemani anaknya menuju ke pelamin indah. Terlihat wajah kegembiraan daripada muka Syauqi apabila melihat bakal isterinya melalui di hadapan meja pernikahan. Kemasukkan ini diakhiri dengan kemasukkan jurunikah iaitu ustaz Faisal dan para saksi dan bapa kepada kedua belah pihak. Dengan sekali lafaz sahaja, Syauqi sah menjadi suami kepada Sabrina. Tertitis air mata kegembiraan Sabrina apabila Syauqi sah menjadi suaminya. Selesai sahaja sesi pernikahan ini, majlis meneruskan dengan sesi penyerahan mas kahwin dan sesi menyarung cincin kedua belah pasangan mempelai. Seterusnya, majlis menjemput pasangan ini untuk bertemu dengan kedua ayahanda dan ibunda yang disayangi untuk sesi salam restu.
Selesai dengan majlis pernikahan, majlis persandingan dibuka pada pukul 11 pagi. Ahli keluarga bekerjasama menyusun doorgift di meja doorgift dan rak yang disediakan, tidak terkecuali juga susunan doorgift yang disediakan khas untuk meja VIP. Tetamu pula mula memenuhi dewan pada pukul 12 tengahari, masing – masing tidak sabar menantikan kemasukkan pengantin baru. Hari persandingan yang diraikan bersama 600 orang tetamu yang menghadiri majlis ini dan menyambut pasangan indah ini. tepat jam 12.30 petang, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan raja dan ratu sehari ini, kemasukkan pasangan ini yang dimulakan dengan dendangan selawat Taslim bagi membuka majlis indah ini. Ratu dan raja sehari ini memulakan langkah menuju ke pelamin indah, ditemani dengan alunan bunyi saxophone indah yang dimainkan oleh Wan Zarif. Alunan bunyi saxophone ini menjadikan kemasukkan pasangan ini lebih romantis dan bermakna buat raja dan ratu sehari ini. Sabrina & Syauqi yang berbusana bertemakan English look, Syauqi yang mengenakan sut berwarna biru gelap dengan detail sutnya yang bergaris grid dan dikemaskan dengan kemeja berwarna putih; dilengkapi dengan kasut kulit hitam Oxford menjadikan raja sehari ini kelihatan sungguh kacak dan segak. Manakala ratu hatinya pula, mengenakan busana serba putih dengan kemasan manik manik yang mencantikkan lagi rupa ratu sehari ini. Perjalanan masuk ratu sehari ini dilengkapkan lagi dengan gubahan bunga orkid putih yang menyempurnakan kecantikkan ratu sehari ini. Perjalanan yang menuju ke pelamin indah, pelamin indah yang dihiasi dengan bunga berwarna pastel dan dilengkapi dengan struktur dan cermin yang gah, dan disempurnakan dengan riben besar berwarna emas untuk menjadikan pelamin idaman kedua mempelai ini. Majlis bermula dengan bacaan doa dari pengacra majlis untuk memberkati perkahwinan pasangan baru ini dan seterusnya majlis menjemput pasangan ini untuk sesi santapan diraja sambil ditemani oleh alunan saxophone. Selesai dengan sesi makan beradap, pengantin meneruskan majlis dengan sesi potongan kek perkahwinan. Dan majlis pasangan ini di akhiri dengan sesi bergambar.